Tuesday, August 10, 2010

Return Board

Posted on/at 11:33 AM by reza

Return BOARD



Return board buatan Poli PD. Tujuan untuk latihan

Friday, May 22, 2009

Sukan Muhibbah Politeknik Tuanku Syed Sirajudin (PTSS)

Posted on/at 9:48 AM by reza

Politeknik Port Dickson telah mendapat tempat kedua pada Kejohanan Sukan muhibbah 2009 dalam acara ping pong. Sukan ini telah diadakan di dewan sukan PTSS.

Gambar Kenangan Sukan Muhibbah 2009



Barisan Pemain 2009 PoliPD
dari kiri- Tn Hj Kamil, En Mustafa, Humaizi, Isfanizam, En Zaini, Shahrul, Wan Hafizan dan Ahmad Saufi.

Belakang- En Fitri

Monday, May 18, 2009

Cara Memilih Blade Butterfly yang betul

Posted on/at 11:45 AM by reza

Butterfly Blade mengikut cara permainan

Butterfly telah mengkelaskan batnya mengikut kategori yang tertentu. Kategori- kategori itu adalah untuk memudahkan pemain menentukan bat yang akan digunakan itu serasi dengan permainan pemain itu sendiri.

Shakehand

OFF+. Untuk pemain yang sentiasa melakukan serangan tanpa kompromi.

OFF. Untuk pemain yang banyak menyerang, spin, speed dan power play.

OFF−. Permainan medim serangan, banyak spin, speed dan power.

ALL+. Untuk permaian serangan kesemuanya dengan top spin dan pelbagai teknik spin.

ALL. Untuk pelbagai teknik permainan iaitu serangan dan control shots.

ALL−. Untuk pelbagai teknik permainan yang banyak mengawal dan lebih konsisten dari mana- mana jarak.

DEF. Permaian secara pertahanan traditional iaitu chop dari jarak yang jauh dari meja

Penhold

Fast Attack. Bermain hampir dengan meja, menyerang berhabisan. Pemilihan getah amat penting. Pemilihan getah: inverted, untuk permaianan topspin, ataupun short pips, untuk return dengan pantas.

Drive Pen. Permainan biasanya untuk jarak pertengahan. Teknik ini memerlukan pergerakan kaki yang bagus dan loop yang power dari forehand. Getah yang paling sesuai adalah inverted kerana ia akan menghasilkan spin dan speed yang tinggi.

Tuesday, May 12, 2009

Majlis Penyampaian hadiah & Jamuan Akhir Sem sesi Jan 09

Posted on/at 3:55 PM by reza

Jamuan Akhir Kelab Ping Pong PPD telah diadakan Pada 11/5/09 di Pantai Bagan Pinang, Bt 3 PD. Jamuan ini telah dihadiri seramai 29 orang ahli kelab. Jamuan ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahaim antara ahli- ahli kelab, juga untuk penghargaan kepada ahli- ahli kelab yang akan menamatkan pengajian pada sesi ini.


Persiapan makanan untuk jamuan diketuai Oleh Saufi

Hadiah caburan bertuah

Penyampaian Hadiah Johan Perempuan
Gambar Kenangan Kelab Ping Pong Jan 09

Monday, May 11, 2009

Keputusan Keseluruhan Koko Ping Pong

Posted on/at 11:58 AM by reza

Keputusan Tidak rasmi Ko-Kurikulum Ping Pong B

Klik disini untuk keputusan penuh!

Wednesday, May 6, 2009

Penilaian Akhir R2001 ko-kurikulum Ping Pong B

Posted on/at 6:15 PM by reza


5 May 2009 Politeknik Por Dickson.
Pelajar semester 2 telah menjalani peperiksaan akhir R2001 dengan jayanya.

Peperiksaan telah berlangsung dengan tiada sebarang gangguan. Pelajar telah menjawab soalan yang disediakan dalam masa 1 jam.









Tuesday, May 5, 2009

DHS Hurricane 3

Posted on/at 11:50 AM by reza

Getah hurricane 3 DHS antara getah daripada China yang mempunyai kualiti yang agak baik bersesuaian dengan harga yang perlu dibayar oleh pemain- pemain yang menggunakannya. harga jualan untuk sekeping getah ini adalah antara RM 50 - RM 65 mengikut tempat.
Blog Widget by LinkWithin

Official PoliPD Table Tennis Club Web site